Print

Koperasi Alumni

Written by Super User on .

KOPERASI ALUMNI UNIVERSITI  SULTAN ZAINAL ABIDIN
TERENGGANU (MALAYSIA) BERHAD ( KOPANISZA )

koperasi

Koperasi Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (Malaysia) Berhad atau nama singkatannya KOPANISZA ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan dan membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota. di samping dapat membantu kebajikan anggota dan keluarga.

Permohonan untuk menubuhkan KOPANISZA telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 24/07/2013 dan Mesyuarat Agung Permulaan telah diadakan pada 27/07/2013 bertempat di Kelab Tasik Putrajaya dan diresmikan oleh Profesor Dr. Yahya Bin Ibrahim.

 Sembilan (9) orang Anggota Lembaga Koperasi telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Permulaan adalah seperti berikut :-

  1. EN. HUSSIN BIN GHANI – Pengerusi
  2. EN. MOHD NASURDIN BIN ABDUL MUBIN – Setiausaha
  3. EN. KIRAWAN ZEISWAR BIN KAMAROLZAMAN – Bendahari
  4. HJ. MOHAMAD SAHAR BIN MAT DIN – Anggota Lembaga Koperasi
  5. EN. MUHAMAD HAIZUAN BIN ROZALI - Anggota Lembaga Koperasi
  6. EN. AHMAD SHUKRI BIN NGAH – Anggota Lembaga Koperasi
  7. EN. WAN MAKHTAR BIN WAN KADIR - Anggota Lembaga Koperasi
  8. EN. MORAD BIN AWANG – Anggota Lembaga Koperasi
  9. EN. WAN SUHAIKIM BIN WAN SAIDI – Anggota Lembaga Koperasi

Fungsi utama KOPANISZA ialah Perkhidmatan dan aktiviti yang didaftarkan buat masa sekarang ialah Pemasaran, Pendidikan, ICT, Penganjuran Acara, Program Promosi, Latihan dan lain aktiviti yang akan diputuskan kemudian nanti.

Pejabat Operasi KOPANISZA ialah di  510A, Diamond Complex, Bangi Business Park, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Keanggotaan KOPANISZA terbuka kepada lepasan pelajar KUSZA, UDM dan UNISZA. Modal syer minima untuk setiap anggota yang telah didiluluskan di dalam Mesyuarat Agung Permulaan ialah RM100.00 dan Yuran Masuk RM20.00.

Oleh kerana keanggotaan KOPANISZA melibatkan seluruh Malaysia, Mesyuarat Agung Tahunan akan menggunakan kaedah perwakilan. Kawasan perwakilan terbahagi kepada zon A dan zon B.

ZON A – KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG, PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, PERAK.

ZON B – SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, SABAH, SARAWAK

Pada masa sekarang pihak KOPANISZA telahpun memajukan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk didaftarkan. Perjalanan aktiviti dan pendaftaran anggota hanya boleh dibuat selepas mendapat kelulusan pendaftaran daripada SKM.