Print

Mesej Presiden

Written by Super User on .

photo

Perutusan Presiden Alumni UniSZA

Rakan-rakan alumni sekalian,

Bersyukur ke hadrat Allah SWT, atas keizinanNya tertubuhlah secara rasminya persatuan alumni UniSZA pada 21 Jun 2013. Penubuhan alumni UniSZA ini sangat bermakna sekali kerana hanya selepas 28 tahun melalui KUSZA, UDM dan UniSZA, telah mengeluarkan lebih 10 ribu graduan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) yang telah menyokong penubuhan alumni UniSZA.

Selama 28 tahun UniSZA mengeluarkan graduan, telah lahir dalam kalangan graduan UniSZA yang telah mencipta nama dalam pelbagai bidang di dalam dan di luar negara. Sudah tentu kejayaan para graduan tersebut boleh dikongsikan bersama untuk faedah pembangunan pendidikan UniSZA dan negara amnya. Untuk itu, alumni UniSZA komited memainkan peranan untuk menggembeleng seluruh kekuatan tersebut secara amal jamaaiy.

Saya berharap laman sesawang ini diwujudkan sebagai medium komunikasi dan jaringan yang dapat mengeratkan hubungan antara alumni dengan ahli-ahli alumni UniSZA serta dengan pihak pentadbiran UniSZA. Laman sesawang ini juga menjadi media kepada ahli-ahli alumni bagi menyampaikan maklumat berkaitan pengisian agenda pembangunan minda, ekonomi, dakwah dan sosio budaya.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kepimpinan alumni UniSZA untuk merealisasikan agenda perjuangan ini.

Salam hormat,

Presiden Alumni UniSZA
Mohammad Sahar bin Mat Din