Aktiviti

Print

MAKLUMAN HEBAHAN UNTUK PROGRAM “USAHAWAN FRANCAIS” : LANGKAH BERMULA

Written by Super User on .

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Keusahawanan UniSZA akan mengadakan Program Kesedaran Keusahawanan Francais khusus untuk mahasiswa tahun akhir UniSZA. Program ini bukan sahaja untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada bakal graduan tentang Perniagaan Francais, tetapi juga dapat meningkatkan potensi mahasiswa untuk dilatih oleh pemilik-pemilik perniagaan Francais, tetapi juga dapat meningkatkan potensi mahasiswa untuk dilatih oleh pemilik-pemilik perniagaan francais yang telah mantap. Ianya di bawah penyeliaan PNS Academy (Agensi di bawah Kementerian Kewangan di perbadankan di bawah Skim Francais Muda 2014).
<p style="text-align: justify;">Program ini merupakan kombinasi ceramah penerangan dan dialog terbuka dengan lima wakil syarikat Francais. Database yang terdiri daripada mahasiswa yang hadir dan berminat untuk menyertai perniagaan jenis francais ini akan dibangunkan dan kepada mereka yang layak, mereka dicadangkan untuk mengikuti latihan amali di bawah skim tersebut selama 3 hingga 6 bulan sebelum PNS Academy mencadangkan pembiayaan memulakan perniagaan yang dipilih. Program akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:-</p>

<table border="0">
<tbody>
<tr>
<td valign="top" width="25%">Tarikh /Hari :</td>
<td>30 Mac 2014 (Ahad)</td>
</tr>
<tr>
<td valign="top">Masa :</td>
<td>10.30 pagi – 12.30 tgahari</td>
</tr>
<tr>
<td valign="top">Tempat :</td>
<td>Dewan Auditorium, Bangunan Akademik UniSZAKampus Gong Badak</td>
</tr>
</tbody>
</table>
Aturcara Program
<table border="0">
<tbody>
<tr>
<td valign="top" width="25%">10.00 pagi :</td>
<td>Pendaftaran pelajar</td>
</tr>
<tr>
<td valign="top">10.15 pagi :</td>
<td>Ketibaan deligasi PNS</td>
</tr>
<tr>
<td valign="top">10.30 pagi :</td>
<td>Ucapan aluan oleh wakil Pusat Keusahawanan UniSZA
Ceramah oleh Dr. Suhaimi Sulaiman
Head PNS Academy</td>
</tr>
<tr>
<td valign="top">11.30 pagi :</td>
<td>Dialog Peluang-peluang latihan dan pembukaan Francais oleh :
i) Secret Receipe
ii) Mc Donald
iii) Mr Klean
iv) Azla Management (Roti pital)
v)  Arjuna Village (Asam pedas Melaka)</td>
</tr>
</tbody>
</table>
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pusat Keusahawanan pelajar di talian 09-6688914.

Print

Video Siri Wacana Alumni UniSZA

Written by Super User on .

 

 

 

 

 

Print

Keratan akhbar KOSMO 19 Ogos 2013

Written by Super User on .

Print

Bernama 26 Julai - UniSZA Alumni Seminar On Corporate Wakaf On July 27

Written by Super User on .

bernama english

KUALA LUMPUR, July 25 (Bernama) -- The Universiti Zainal Abidin (UniSZA) alumni association will hold a corporate wakaf seminar on July 27 at Kelab Tasik Putrajaya themed "Transforming Wakaf for the Benefit of Future Generations."

In a statement here, association president Mohammad Sahar Mat Din said there is increasing awareness of the role of wakaf in the nation's economic development, aided by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's Budget 2013 proposal for a corporate wakaf masterplan.

"Corporate wakaf has the potential to spur national economic development by institutionalising wakaf, thus injecting the spirit of Islam into the development process without hampering growth," he said.

He said corporate wakaf generates wealth and so is not just for welfare purposes, and would not be so named if it does not expand economic and job opportunities as well as enhance income and quality of life.

Mohammad Sahar said the association will work to incorporate corporate wakaf elements in the university's educational development.

Registration is still open, for enquiries call 013-6186474 (Zaid) or e-mail This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

-- BERNAMA

Print

Bernama 26 Julai - Alumni UniSZA Adakan Wacana Mengenai Wakaf Korporat Sabtu Ini

Written by Super User on .

bernama malay

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) --  Melihat pentingnya peranan wakaf korporat kepada pembangunan ekonomi negara, Alumni Universiti Zainal Abidin (UniSZA) bakal mengadakan wacana mengenai wakaf korporat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranannya kepada negara.

Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, persatuan alumni itu akan mengadakan Siri Wacana Alumni UniSZA Sabtu ini (27 Julai) bertajuk "Transformasi Wakaf Membela Generasi Masa Depan" yang akan disampaikan oleh Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dalam satu kenyataan Alumni UniSZA di sini, Presidennya Mohammad Sahar Mat Din berkata masyarakat Malaysia hari ini semakin memahami dan mengiktiraf peranan institusi wakaf dalam pembangunan ekonomi negara.

Ini ditambah dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perentangan ucapan Bajet 2013 yang mencadangkan Pelan Induk Wakaf Korporat dirangka.

"Wakaf korporat berpotensi melonjakkan transformasi ekonomi negara dengan memperkenal satu dimensi penting, iaitu menginstitusikan wakaf, sekali gus menyuntik roh Islam ke dalam proses pembangunan tanpa menghalang kepesatan pertumbuhan," kata Mohammad Sahar.

Katanya wakaf korporat merupakan institusi ekonomi penjana harta kekayaan, justeru bukan untuk tujuan kebajikan semata-mata.

"Tidak namanya korporat jika institusi ini tidak berpanjangan menjana peluang ekonomi serta peluang kerja baharu, dan tidak dapat menyumbang kepada pertambahan pendapatan dan kualiti hidup," katanya.

Melalui seminar ini, Mohammad Sahar berkata Alumni UniSZA bakal merealisasikan kaedah wakaf korporat dalam agenda ekonomi alumni itu yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan pendidikan UniSZA.

Kepada alumni UniSZA yang berminat, pendaftaran masih dibuka dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi talian 013-618 6474 (Zaid) atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

-- BERNAMA